Search
Close this search box.
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Bintulu-Samalaju, hari ini. Foto JBPM

Maut terperosok bawah bas

ByYazid Ibrahim

BINTULU, 4 Julai: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan bas di Batu 12, Jalan Bintulu-Samalaju pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, Tang Ujum, 61, yang terperosok dan tersepit di bawah bas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Sejurus menerima maklumat pada 7.07 pagi, pihak bomba bergegas ke lokasi. Motosikal dan mangsa terperosok di bawah bas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kerja-kerja pembersihan serpihan kenderaan terbabit dalam kemalangan dilakukan menggunakan semburan air salur bantu mula air dari tangki jentera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan