Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Perasmian Persidangan Antarabangsa Geoengineering Tropika (TROPICON) 2024 di Kuching, hari ini. Foto Amirah Shawel (TVS)

Kerajaan Sarawak rancang bina jalan raya bertingkat di Sebuyau

ByAmirah Shawel

KUCHING, 4 Julai: Kerajaan Sarawak merancang membina jalan raya bertingkat di Sebuyau berbanding jalan raya atas tanah kerana dilihat lebih sesuai bagi pembinaan jalan raya di atas tanah gambut.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata tanah gambut di Sebuyau adalah terlalu dalam dan jalan raya yang dibina dengan kaedah biasa akan mudah retak.

“Kita ingin lihat bagaimana dengan jalan raya bertingkat ini mampu meningkatkan kualiti jalan raya kita pada masa hadapan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Geoengineering Tropika (TROPICON) 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat 1.6 juta hektar kawasan tanah gambut di seluruh Sarawak dan kebanyakan kawasan adalah lokasi pembinaan jalan raya seperti Jalan Utama Kedua dan Jalan Pesisir.

Uggah bagaimanapun menjelaskan pelan pembinaan jalan raya bertingkat ini akan dibentang kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terlebih dahulu sebelum diteruskan.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, kos pembinaan akan dimaklumkan setelah mendapat persetujuan Abang Johari.

Menurutnya, kontrak belum ditawarkan kerana masih menunggu kelulusan Premier Sarawak terlebih dahulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan