Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto: FB UKAS

Kastam Sarawak komited bantu proses import, eksport wilayah ini

ByKimberly Dickson

KUCHING, 4 Julai : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berhasrat membantu kerajaan negeri melancarkan kegiatan import dan eksport yang dilaksanakan oleh wilayah ini.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, pihaknya juga turut komited membantu Sarawak berkaitan industri petroleum termasuk prosedur kerja berkaitan penguatkuasaan saman.

“Apa yang kami harapkan adalah pihak kastam dapat membantu Kerajaan Sarawak dalam apa juga prosedur proses kerja berkenaan saman.

“Antara perkara yang akan kami bantu adalah dalam proses import dan eksport serta prosedur bagaimana kita boleh membantu industri petroleum lebih-lebih lagi Sarawak yang telah mengambil alih sebahagian daripada Petros, Petroleum dan kita akan bantu kerana telah mendapat sokongan penuh daripada pemimpin Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Norizan berkata dalam pertemuan itu, pihaknya turut menyatakan kesediaan untuk membantu kelancaran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada 17 hingga 24 Ogos 2024 depan.

“Begitu juga dalam proses SUKMA yang akan berlangsung tidak lama lagi dan proses bagasi atlet dan sebagainya pun di bawah tanggungjawab kami selaku jabatan yang menguruskan pintu masuk import dan eksport.

“Kita memudahkan prosedur pelepasan, bagasi- bagasi atlet kerana kita mahu pasukan daripada negeri-negeri lain dan atlet dalam Para SUKMA diberi bantuan kenderaan atau bilangan anggota yang bertugas nanti,” jelasnya.

Menurut beliau, jumlah anggota yang ditempatkan pada temasya dwitahunan itu adalah mencukupi meliputi ke semua lapan bahagian yang menjadi lokasi pertandingan.

Kunjungan hormat yang berlangsung sekitar 45 minit itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Kastam, Saidin Djpar, Abg Zmari Abg Nazarin, Rasha Afzal Shafii dan Pembantu Penguasa Kastam, Nurul Fitri Salleh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan