Search
Close this search box.
Jokowi merasmikan kilang sel bateri EV pertama dan terbesar di Asia Tenggara di Karawang, Jawa Barat pada Rabu. Foto Biro Pers Istana Presiden

Indonesia rasmi kilang bateri EV terbesar di Asia Tenggara

ByTVS

JAKARTA, 4 Julai: Indonesia merasmikan kilang bateri kenderaan elektrik (EV) pertama dan terbesar di Asia Tenggara pada Rabu.

Kilang seluas 319,000 meter persegi yang terletak di wilayah Karawang, Jawa Barat itu merupakan usaha sama dengan Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution yang dirasmikan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Menurut Jokowi, kilang ini merupakan langkah besar dan strategik untuk mewujudkan ekosistem EV di Indonesia.

“Hari ini kami telah memulakan lembaran baharu dalam meletakkan tonggak komitmen kami untuk menjadi pemain global dalam sel bateri dan ekosistem EV,” katanya berucap pada majlis perasmian.

Jokowi turut menekankan kepentingan ekosistem bateri untuk mengukuhkan kedudukan Indonesia dalam rantaian bekalan global kenderaan elektrik.

Pada setengah tahun pertama 2024, kapasiti tahunan loji ini akan mencapai 10 GWj sel bateri yang mencukupi untuk 150,000 kenderaan elektrik.

Projek bernilai lebih RM46 bilion ini termasuk pembinaan kilang sel bateri kenderaan elektrik dan pelebur, serta mengintegrasikan sumber asli Indonesia seperti nikel, bauksit dan tembaga.

Integrasi ini diyakini menjadikan Indonesia mampu bersaing dengan negara lain dalam industri kenderaan elektrik di peringkat global.

Perasmian ini juga menandakan langkah besar Indonesia ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih dan mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan