Search
Close this search box.
Datuk Hanifah Hajar Taib menjelaskan kekangan yang dihadapi oleh Program ADi di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Syarikat lebih utamakan pekerja asing antara cabaran ADi – Hanifah Hajar

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Kebergantungan yang tinggi syarikat terhadap pekerja asing dikenal pasti sebagai antara kekangan dihadapi program Akademi Dalam Industri (ADi).

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ini melibatkan kuota yang diluluskan kepada syarikat berkenaan yang masih belum diisi.

Jelas beliau, syarikat – syarikat terlibat mahu pekerja asing diberi keutamaan bagi mengisi kuota yang telah diluluskan kepada mereka.

“(Selain itu) kerajaan juga mendapati  kadar penyertaan syarikat yang masih rendah untuk menyediakan penempatan selain peranan kurang aktif persatuan industri juga menjadi kekangan program ini,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan V. Sivakumar (Pakatan Harapan – Batu Gajah) yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh kementerian melalui program ADi.

Sivakumar juga ingin tahu kekangan yang dihadapi dan strategi untuk menambah baik amalan latihan dalam industri yang lebih ekonomi untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Bagi menangani cabaran itu, Hanifah berkata, kerajaan telah merangka strategi transformasi yang memerlukan kerjasama kukuh daripada kementerian dan agensi yang terlibat dengan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kemahiran teknikal bagi memaksimumkan keberkesanan program.

Sementara itu beliau turut memaklumkan, sehingga 30 Jun 2024, sistem pengurusan ADi telah menerima 16,150 permohonan melibatkan pelbagai latar belakang demografik.

“Daripada jumlah ini, 2,924 orang telah berjaya ditempatkan di industri dan sedang menjalani peningkatan kemahiran melalui pensijilan yang diiktiraf oleh industri dan kerajaan.

“Seramai 94 orang telah tamat pengajian dan mendapat pentauliahan dan kini meneruskan pekerjaan di syarikat pilihan mereka,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan