Search
Close this search box.
Kementerian akan mendapatkan nasihat bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan untuk meningkatkan paras air di empangan bagi kegunaan pertanian akibat cuaca panas dan kering. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: RM89 juta disalurkan selenggara sistem pengairan, saliran pertanian

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Kerajaan memperuntukkan RM80 juta untuk menyelenggara sistem pengairan dan saliran pertanian dalam kawasan jelapang dan luar jelapang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia sebagai langkah segera kementerian itu menghadapi kesan perubahan iklim.

Jelas beliau, antara yang dilakukan ialah dengan melaksanakan sistem penuaian air hujan dan pencarian sumber air bawah tanah melalui sistem telaga tiub.

“(Ini bagi) mengatasi masalah kekurangan sumber air semasa musim kemarau dan menggunakan sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanaman.

“Sebanyak 251 telaga tiub dan 246 pam bergerak telah disediakan oleh kementerian bagi menampung keperluan petani dan penternak di kawasan yang terjejas oleh bencana seperti banjir dan kemarau,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad (Barisan Nasional-Simpang Renggam) yang meminta menteri menyatakan langkah-langkah persediaan yang telah diambil oleh Kementerian Pertaniah dan Keterjaminan Makanan dalam bagi menghadapi situasi ketidaktentuan iklim pada masa ini.

Sementara itu, KPKM juga jelas Arthur Joseph bekerjasama dengan Jabatan Metereologi (MET Malaysia) untuk menentukan musim penanaman yang sesuai dan membuat penjadualan semula musim penanaman.

Tambahnya kementerian juga akan mendapatkan nasihat bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan untuk meningkatkan paras air di empangan bagi kegunaan pertanian akibat cuaca panas dan kering.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan risiko kerugian yang melibatkan bencana, KPKM telah menyediakan Tabung Bencana Pertanian dan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) yang berbentuk touch point iaitu penyaluran bantuan secara tunai dan in-kind (barangan) khusus kepada petani yang menghadapi kerugian akibat bencana alam seperti banjir, kemarau, serangan makhluk perosak dan sebagainya.

“Pada tahun 2024, KPKM telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui Tabung Bencana Pertanian dan RM12 juta melalui Tabung Bencana Tanaman Padi bagi membantu warga agromakanan yang telah terkesan akibat bencana banjir,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan