Search
Close this search box.
Datuk Seri Azalina Othman Said hadir menjawab soalan di Dewan Rakyat pagi ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.6 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerugian juga meningkat sebanyak 43 peratus iaitu kepada RM1.2 bilion pada 2023 berbanding RM851 juta pada 2022.

Jelas beliau bagi tahun ini pula sehingga Jun, jumlah kerugian yang direkodkan ialah RM581.3 juta.

“(Sehubungan itu) kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pindaan Akta 574 Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah 593 bagi membanteras jenayah dalam talian secara berkesan.

“Cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan akan membenarkan pengwujudan kesalahan baharu berkaitan pihak yang membenarkan akaun bank mereka digunakan orang tanpa tujuan sah,” katanya Pada Waktu – Waktu Pertanyaan Menteri di sini.

Azalina menjawab soalan RSN Rayer (Pakatan Harapan – Jelutong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah status penggubalan perundangan berkenaan kesalahan berhubung dengan akaun keldai serta bagaimanakah perundangan ini dapat menangani peningkatan penipuan kewangan dalam talian yang membimbangkan berikutan perkembangan teknologi moden.

Sementara itu Azalina memaklumkan, pindaan berkenaan akan memberi kuasa kepada pegawai penyiasat mengarahkan penyitaan akaun bank yang disyaki terlibat.

“(Untuk makluman) perundangan sedia ada tidak mempunyai peruntukan kesalahan bagi pemilik akaun yang membenarkan atau menyewa akaun mereka kepada orang lain.

“(Selain itu) tiada juga peruntukan khusus yang membenarkan polis menyekat wang mangsa penipuan setelah disalurkan kepada akaun keldai dan berdasarkan kelompongan undang – undang ini, cadangan pindaan dikemukakan,” katanya.

Azalina menambah pindaan itu dijangka akan dibentang pada sesi Parlimen kali ini setelah memperolehi pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan