Search
Close this search box.
kanser hati dan kanser limfoma merupakan lima kanser utama yang dihidapi oleh lelaki, Dewan Rakyat dimakluman hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: 66,020 kes baharu kanser direkodkan pada 2020, 2021

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Sebanyak 66,020 kes baharu kanser dilaporkan pada 2020 dan 2021, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, data menerusi Registri Kanser Kebangsaan 2017-2021 itu menunjukkan sebanyak 34,332 kes dicatatkan pada 2020 dan 31,688 kes pada tahun berikutnya.

Jelas beliau antara sepuluh kes kanser utama di Malaysia bagi tempoh tahun 2017 hingga 2021 ialah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limforma, kanser hati, kanser prostat, kanser leukaemia, kanser nasofarink, kanser korpus uteri dan kanser ovari.

“Kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser korpus uteri dan kanser ovari merupakan lima kanser utama dalam kalangan wanita manakala kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser prostat, kanser hati dan kanser limfoma merupakan lima kanser utama yang dihidapi oleh lelaki,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini.

Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (Pakatan Harapan – Puchong) yang ingin tahu jumlah kes kanser baharu bagi tempoh 2020 hingga 2023 dan apakah tindakan kementerian untuk meningkatkan saringan kanser.

Sementara itu Dzulkefly memaklumkan, bagi membendung kes kanser, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merancang gerak kerja saringan kanser di bawah beberapa pelan strategik kebangsaan seperti National Strategic Plan for Cancer Control Program (NSPCCP) 2021-2025.

Jelas beliau, perkhidmatan saringan kanser yang disediakan di klinik kesihatan seluruh negara melibartkan saringan kanser kolorektal menggunakan ujian IFOBT.

“Pada tahun lepas, sebanyak 53,679 saringan kanser kolorektal telah dijalankan selain saringan kanser payudara melalui pemeriksaan klinikal atau pemeriksaan sendiri dan ujian mamogram.

“Melalui Program Pengesanan Awal Saringan Kanser Payudara, seramai 1,701,449 wanita berumur 20 hingga 65 tahun telah menjalani pemeriksaan klinikal payudara di klinik-klinik kesihatan dan klinik-klinik desa di seluruh negara,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan