Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri menjawab pertanyaan berkenaan kes keganasan rumah tangga di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: 2,794 kes keganasan rumah tangga direkodkan 2021-2023 – Nancy

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Sebanyak 2,794 kes keganasan rumah tangga direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2021 hingga 2023 di seluruh negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 773 kes berlaku di Selangor.

Jelas Nancy, di Klang, Selangor, statistik pecahan kes keganasan rumah tangga mengikut kaum pula adalah 37 kes melibatkan bangsa India dan 23 kes melibatkan Melayu.

“(Selain itu) sembilan kes melibatkan kaum Cina, enam kes bukan warganegara, empat kes melibatkan lain-lain bangsa dan dua kes melibatkan peribumi Sarawak,” katanya pada Waktu–Waktu Pertanyaan Menteri di sini.

Beliau menjawab soalan V. Ganabatirau (Pakatan Harapan-Klang) yang meminta statistik kes keganasan rumah tangga di Klang pada 2021 hingga 2023 mengikut pecahan kaum dan kumpulan ekonomik.

Sementara itu, Nancy memaklumkan antara bantuan disalurkan termasuk satu kes diberi Perintah Perlindungan Kecemasan serta tujuh kes diberi Perintah Perlindungan Sementara.

“Selain sebanyak lima kes diberi Perintah Perlindungan serta lapan kes mendapat kaunseling di pejabat JKM,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan