Search
Close this search box.
Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan sebanyak 1.68 juta siswazah terlibat dalam guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran pada 2022. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: 1.68 juta graduan kemahiran terlibat kadar guna tenaga tidak penuh

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan sebanyak 1.68 juta siswazah terlibat dalam guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran pada 2022.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, jumlah itu meningkat berbanding 1.55 juta orang pada 2021.

Jelas beliau, kerajaan sentiasa komited untuk menangani masalah guna tenaga tidak penuh melibatkan graduan dan generasi muda akan datang.

“Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menganjurkan pelbagai program untuk menangani isu ini.

“Antaranya melalui penyediaan platform portal MYFutureJobs yang merupakan sebuah sistem berteraskan kaedah dalam talian yang berperanan untuk membantu menghubungkan graduan dengan pekerjaan sepadan mengikut kelayakan.

“(Bagi tempoh) 1 Januari hingga 7 Jun 2024 sebanyak 117,557 kekosongan jawatan aktif secara kumulatif dan sebanyak 43,937 kekosongn jawatan melibatkan kelayakan diploma dan ke atas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (Pakatan Harapan -Beruas) yang ingin tahu usaha KESUMA untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan menyelesaikan masalah ketidakpadanan pekerjaan terutamanya dalam kalangan graduan.

Tambah Abdul Rahman, PERKESO akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan pekerjaan setara kelulusan akademik dan kemahiran mereka.

Sementara itu beliau menjelaskan menerusi Majlis TVET Negara, KESUMA turut menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan pelbagai industri untuk meningkatkan tenaga kerja lepasan graduan.

“Bagi tahun ini, sebanyak 66 MoC telah dimeterai meliputi pelbagai bidang dan industri seperti minyak dan gas, elektrik dan elektronik, automotif, hospitaliti, pembinaan, perladangan, perabot dan telekomunikasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, kursus-kursus jangka pendek dan program perantisan turut ditawarkan oleh pelbagai agensi di bawah KESUMA seperti di 32 buah Institut Latihan JTM dan CIAST serta program Sistem Latihan Dual Nasional yang dilaksanakan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

“KESUMA turut mempergiatkan usaha mengadakan program melalui TalentCorp dengan fokus terhadap pembangunan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan bakat muda negara dengan kerjasama yang menyeluruh atara kementerian, jabatan, agensi Kerajaan, pemain industri dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta serta teknikal,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan