Search
Close this search box.
Wakil CENTEXS dan Swimburn di kejohanan Shell Eco-marathon Asia-Pacific dan Middle East 2024 di Pertamina Mandalika International Street Circuit , Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia bermula 2 Julai hingga 6 Julai 2024. Foto CENTEXS

CENTEXS dan Swinburne, wakil Sarawak ke Lombok

KUCHING, 4 Julai: Sarawak menyertai Kejohanan Shell Eco-marathon Asia-Pacific dan Middle East 2024 di Pertamina Mandalika International Street Circuit, Lombok Tengah, Indonesia bermula 2 hingga 6 Julai 2024.

Menerusi kenyataan CENTEXS, kerjasama pertama melibatkan Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS), Swinburne University of Technology dan Solarvest membuktikan kepakaran dan kemahiran anak Sarawak juga mula dikenali dan diangkat ke peringkat antarabangsa.

“Satu-satunya wakil pertama dari Sarawak berkongsi kepakaran dalam bidang masing masing iaitu fabrikasi kenderaan, reka bentuk kenderaan dan kejuruteraan yang menghasilkan Green Gear-H.

“Johan bagi kategori prototaip hidrogen ini akan dinilai dari segi rekaan bentuk prototaip, fabrikasi, menguji jentera dan kecekapan pemanduan kenderaan yang boleh melengkapkan pusingan dengan kadar masa yang ditetapkan serta menggunakan gas hidrogen yang paling sedikit.

“Hari pertama pertandingan menyaksikan pasukan Green Gear-H, CENTEXS, Swinburne dan Solarvest berjaya melepasi pemeriksaan teknikal dan akan melalui fasa seterusnya pada esok.

“12 negara menyertai kejohanan ini iaitu Arab Saudi, Brunei Darussalam, Filipina, India, Kazakhstan, Korea Selatan, Malaysia yang diwakili CENTEXS & Swinburne, Qatar, Thailand, Tiongkok, dan Vietnam.

Delegasi Sarawak diketuai oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Dato Syeed Hussien Wan Abd Rahman, Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri, Timbalan Pengarah Akademi Digital dan Teknologi Hijau Dayang Hanani Abang Ibrahim dan Tenaga Pengajar Akademi Digital CENTEXS, Abang Mohd Arif Anaqi.

Sementara pasukan Green Gear-H diwakili Ketua Penasihat Projek dan Ts. Dr. Muhammad Rafiq Mirza Julaihi, Ir. Dr. Elaine Yeu Yee Lee, Ketua Kapten, Ong Jing Mian, Pengurus Teknikal Divyessh Sivakumar, Pelumba Amirul Supian Tarmizi, Pelumba kedua (CENTEXS Alumni) Harry Ejay Atit dan Ryan Liaw Tze Cherng. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan