Search
Close this search box.

Bonnie Bunyau antara penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 4 Julai: Atlet paralimpik dan jaguh angkat berat dunia, Bonnie Bunyau Gustin antara enam penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) bersempena 60 Tahun Sarawak Merdeka dalam majlis penganugerahan di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Penganugerahan pingat tersebut disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain Bonnie, antara penerima pingat cemerlang itu yang termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki Ali, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Datuk Dr Juanda Jaya dan Datu Chin Jiew Bui.

Penganugerahan pingat berkenaan merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Sarawak kepada penjawat awam dan individu yang menyumbang bakti kepada pembangunan wilayah ini.

Sementara itu, isteri kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Dato Dayang Morliah Awang Daud mendahului senarai 184 penerima Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan (Perak).

@tvsarawak

Bonnie terima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TVSUpdates

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Turut menerima anugerah itu ialah Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hui Chang Kee, Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat Malaysia (TDM) Dato Mejar Jeneral Hassan Embong dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan