Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata persembahan pantomim akan menyerikan Sambutan Hari Malaysia 2024 di Bintulu.

Bintulu lokasi bagi Sambutan Hari Sarawak 2024

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Julai: Sambutan Hari Sarawak 2024 yang diraikan pada 22 Julai setiap tahun sejak tahun 2016 akan diadakan di Bintulu, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Dr Rundi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Sarawak 2024 berkata, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dijadual menghadiri sambutan yang diadakan di Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Sambutan yang bermula 8 pagi, dijangka turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’Ani Tun Tuanku Bujang.

Dr Rundi berkata, Sambutan Hari Sarawak 2024 bakal mempersembahkan pantomim yang mencerminkan inisiatif Kerajaan Sarawak menuntut hak terhakis dan beberapa kejayaan dicapai dalam rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jelasnya, antara kejayaan yang telah dicapai ialah persetujuan penyerahan Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sarawak.

“Pelabuhan Bintulu sebelum ini diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan dan akan dikembalikan kepada Sarawak pada hujung tahun ini akan diberikan secara formal.

“(Selain itu) banyak rundingan dibuat telah dipersetujui,” katanya ketika ditemubual oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sini pada Rabu.

Temubual berkenaan diadakan sempena Sambutan Hari Sarawak 2024 yang akan berlangsung di Tapak Lapangan Terbang Lama, Bintulu pada 22 Julai ini.

Tambahnya lagi, pelbagai pengisian program akan diadakan antaranya, Majlis Kesyukuran Bagi Agama Agama lain pada 20 Julai yang diketuai oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Pengguang Manggil dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Majlis Kesyukuran di Masjid Assyakirin Bintulu diketuai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Jabatan Agama Islam Sarawak pada 6 petang, 21 Julai.

Seramai 10,000 orang dijangka akan memeriahkan sambutan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan