Search
Close this search box.
Konflik Israel-Hamas mengakibatkan kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. Foto AFP

Angka korban rakyat Palestin di Gaza melebihi 38,000 orang

ByBernama

ANKARA, 4 Julai: Sekurang-kurangnya 58 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 38,011 orang sejak 7 Oktober lepas, menurut Kementerian Kesihatan Palestin di wilayah terkepung itu pada Khamis.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan memaklumkan kira-kira 87,445 orang lagi cedera dalam serangan itu, lapor Agensi Anadolu.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat,” menurut kenyataan itu.

Mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera, Israel menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza.

Lebih lapan bulan konflik Israel-Hamas mengakibatkan kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan