Search
Close this search box.
Seramai 15 wanita terdiri dipercayai pelayan pelanggan ditahan menerusi Op Noda yang dijalankan di Kuching. Foto hiasan

15 GRO ditahan dalam Op Noda

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Julai: Seramai 15 wanita terdiri daripada enam warga tempatan dan sembilan warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan di lima pusat hiburan di sekitar bandar raya ini pada 2 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam kenyataan berkata turut ditangkap empat lelaki yang bekerja di pusat hiburan terbabit dan 17 lelaki warga tempatan yang dipercayai pelanggan.

“Pada 2 Julai, jam 10:55 malam, pasukan khas Ibu Pejabat Daerah Kuching telah melancarkan Op Noda dan Op Pusat Hiburan di beberapa pusat hiburan.

“Kesemua suspek warga asing yang ditahan selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)b) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan melanggar syarat pas, permit dan pas sempadan manakala suspek warga tempatan ditahan reman selama empat hari,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dengan sebatan dan juga hendaklah dikenakan denda.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 atas kesalahan melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berkaitan atau arahan yang dibenarkan di atas mana-mana pas, permit atau pas sempadan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-dua penjara dan denda tersebut,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan