Search
Close this search box.
Seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun maut selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan. Foto hiasan Envato

Wanita Indonesia ditelan ular sawa di Sulawesi Selatan

ByBernama

JAKARTA, 3 Julai: Seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun maut selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Suriaty sedang berjalan menuju ke rumah abangnya di Kampung Siteba, Daerah Kecil Walenrang Barat untuk mengambil ubat anaknya yang sakit pada pagi Selasa.

Setiausaha kampung Iyang memberitahu portal tvOnenews bahawa perjalanan wanita berkenaan bertukar menjadi tragedi apabila dia diserang oleh ular sawa itu.

“Suaminya menjejaki tapak kakinya dan menemui barang-barang berselerak seperti selipar, beg, dan seluar di tepi jalan, yang berselerak dalam jarak beberapa meter.

Tidak berapa jauh dari situ, ular sawa berkenaan ditemukan dengan perut yang kelihatan buncit. Dia segera meminta bantuan penduduk tempatan untuk meneutralkan ular berkenaan dan mengeluarkan mayat mangsa,” kata Iyang.

Suriaty dikenali sebagai seorang suri rumah tangga dan petani yang berdedikasi, meninggalkan lima anak kecil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan