Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi UiTM Cawangan Sarawak diketuai Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose. Foto Alex Teo (TVS)

Tun Wan Junaidi titik berat aspek pendidikan

ByConnie Grace

KUCHING, 3 Julai: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyambut baik pandangan diutarakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tentang aspek pendidikan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose berkata pendidikan merupakan topik utama yang dibincangkan rombongan UiTM Sarawak dengan Tun Wan Junaidi menerusi kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose mengetuai kunjungan hormat ke atas Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuankua Jaafar. Foto Alex Teo (TVS)

“Menerusi kunjungan ini, kami telah memaklumkan kepada Tun Dr Wan Junaidi dalam memperjuangkan nasib pendidikan rakyat tempatan dan sekarang juga, bahawa UiTM sangat gigih berusaha dalam menentukan pendidikan rakyat tempatan agar diberi keutamaan.

“Kami juga sudah mengenal pasti mereka yang layak atau yang kurang berkelayakan yakni kita akan masukkan mereka dalam program pradiploma dan program yang kita tawarkan,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat.

Selain itu, beliau berkata rakyat Sarawak beruntung kerana memiliki pemimpin seperti Tun Wan Junaidi yang memiliki pengalaman luas dan berpandangan jauh dalam pendidikan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan