Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mendengar taklimat pada Majlis Perasmian 'The Future of Food and Agriculture Internnational Conference 2024' di Kuala Lumpur, hari ini.

Sektor pertanian Sarawak dipacu teknologi moden, memastikan keterjaminan makanan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Sektor pertanian Sarawak kini dipacu dengan penggunaan teknologi moden bagi memastikan keterjaminan makanan di wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata matlamat kerajaan Sarawak mentransformasikan sektor itu agar dapat mempercepatkan pengeluaran yang menyokong pemprosesan makanan hiliran nilai tambah yang lebih tinggi, terutamanya dalam pasaran eksport.

Sektor itu katanya merupakan salah satu sektor ekonomi utama yang digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dalam menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan dalam tempoh enam tahun akan datang.

“Sektor pertanian tidak lagi dikaitkan dengan gaji rendah, pekerjaan 3D (kotor, sukar dan berbahaya), penggunaan teknologi yang rendah dan intensif buruh dan ia kini merupakan sektor ekonomi menguntungkan yang mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian ‘The Future of Food and Agriculture Internnational Conference 2024’ di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menggalakkan penyertaan aktif sektor swasta untuk mempercepatkan penggunaan amalan pertanian moden serta mengalakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk generasi muda untuk menceburi bidang pertanian.

Tambahnya, Sarawak merekodkan nilai import makanan bersih berjumlah RM6.8 bilion pada tahun lepas yang dilihat dapat memberi peluang besar kepada mereka yang terlibat dalam pertanian, terutamanya pengeluaran makanan dengan memanfaatkan keterlibatan dalam industri berkenaan.

Bagi mencapai aspirasi menjadi pengeksport makanan bersih dan mengurang kebergantungan import makanan, Sarawak kini sedang membangunkan satu rantaian bekalan pertanian yang lengkap untuk memastikan kemampanan industri.

Menurutnya, Sarawak akan menubuhkan pusat bioteknologi ternakan untuk mempergiatkan penyelidikan dan pembangunan dalam penternakan ternakan jitu, kemajuan genetik dan teknologi pembiakan.

Dengan penggunaan teknologi canggih ini, Sarawak mampu menghasilkan stok penternak yang berkualiti di dalam negara.

Beliau berkata, Sarawak telah menubuhkan Hab Halal Tanjung Manis yang meliputi lebih 70,000 hektar yang memberi tumpuan kepada keseluruhan rantaian bekalan pengeluaran makanan.

“Hab ini menyediakan peluang pelaburan untuk pihak yang berminat memanfaatkan permintaan global yang berkembang pesat untuk produk halal yang mempunyai dianggarkan potensi pasaran sebanyak USD4.5 trilion menjelang 2030,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan