Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi berkata kerajaan Sarawak komited memastikan bekalan air dan elektrik serta liputan telekomunikasi dapat dinikmati rakyat. Foto TVS

Sarawak belanja besar tingkatkan kemudahan utiliti dan telekomunikasi

BySteward Dawi

KUCHING, 3 Julai: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM10.4 bilion di bawah Projek Rakyat Alternative Funding dan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi memperluas serta meningkatkan kemudahan utiliti seperti air dan elektrik serta perkhidmatan telekomunikasi sejak 2019.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, peruntukan itu melibatkan hampir 400 projek bekalan air, 214 projek bekalan elektrik dan 600 menara telekomunikasi di seluruh wilayah ini.

“Berdasarkan Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak, peruntukan RM20 bilion diperlukan bagi melaksanakan keseluruhan projek bekalan air bagi memenuhi permintaan bekalan air jangka masa panjang melalui penyambungan grid.

“Pelan Induk Pembangunan Tenaga Elektrik Luar Bandar memerlukan peruntukan hampir RM4 bilion untuk meningkatkan perluasan bekalan elekrik sepenuhnya serta meningkatkan prestasi bekalan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 di sini, hari ini.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana yang besar dalam menyediakan perkhidmatan utiliti dan telekomunikasi yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), LAKU Management Sdn Bhd (LAKU), Sarawak Energy Berhad (SEB), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Sarawak Multimedia Authority (SMA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) demi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di Sarawak.

“Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berperanan dalam menyediakan kemudahan utiliti dan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti dan mampan bertepatan dengan visi kementerian bagi mencapai liputan penuh bekalan air, bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi menjelang 2030.

“Setakat ini liputan bekalan air untuk seluruh Sarawak adalah 85.4 peratus, bekalan elektrik 99.4 peratus dan capaian liputan internet sebanyak 80.9 peratus,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan