Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Rugi RM20 juta akibat vandalisme utiliti dan telekomunikasi

BySteward Dawi

KUCHING, 3 Julai: Salah laku vandalisme terhadap kemudahan infrastruktur utiliti dan telekomunikasi di Sarawak menyebabkan kerugian kira-kira RM20 juta.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata terdapat empat sektor yang mengalami kerugian akibat kes dan perbuatan vandalisme.

“Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi berkaitan, sektor telekomunikasi merekodkan sebanyak 1,079 kes vandalisme dengan anggaran kerugian sebanyak RM15.8 juta.

“Sektor bekalan elektrik merekodkan sebanyak 266 kes dengan anggaran kerugian sebanyak RM3.6 juta dan sektor bekalan air sebanyak 57 kes dengan anggaran kerugian RM244,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, sektor keempat iaitu sektor pengedaran gas sebanyak empat kes dengan anggaran kerugian RM30,500.

Tambahnya, masalah vandalisme ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mendatangkan kesukaran kepada orang awam dan merugikan kerajaan, malah ia juga membahayakan keselamatan diri seperti risiko renjatan elektrik.

“Masalah vandalisme ini menyebabkan kerajaan menanggung kos yang besar terutamanya dalam kos penggantian peralatan yang telah dirosakkan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan