Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi. Foto fail TVS

Pinda undang-undang berkaitan vandalisme, hukum pesalah lebih berat

BySteward Dawi

KUCHING, 3 Julai: Undang-undang berkaitan vandalisme disaran dipinda agar pesalah dijatuhkan hukuman lebih berat sebagai pengajaran dan pencegahan terhadap kerosakan kemudahan utiliti dan telekomunikasi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata pindaan itu penting bagi membantu usaha kementerian dalam membanteras jenayah vandalisme yang menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

“Saya turut menyarankan agar ciri-ciri keselamatan kemudahan utiliti dan infrastruktur telekomunikasi perlu dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi terkini.

“Kita juga mencadangkan supaya diadakan pemeriksaan mengejut secara berkala dan berterusan ke atas premis pengedar barang-barang terpakai bersama pihak berkuasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 di sini, hari ini.

Selain itu, Julaihi mengharapkan kerjasama daripada peniaga barangan terpakai supaya sentiasa memastikan setiap barangan yang dijual kepada mereka bukan dari sumber mencurigakan.

“Mereka (peniaga barangan terpakai) perlu melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati ada orang menjual barangan yang mencurigakan,” jelasnya.

Tambahnya, sokongan setiap pihak diperlukan bagi menjayakan kempen dan Program Anti Vandalisme yang dirancang Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan