Search
Close this search box.
Presiden KOM mengumumkan pemilihan Muhammad Azeem untuk wakili negara pada Sukan Olimpik Paris 2024. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Parlimen: Tiket wild card Olimpik Paris milik Azeem Fahmi

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengumumkan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Muhd Fahmi dipilih mengisi tiket wild card Sukan Olimpik Paris 2024.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti tawaran yang diberikan membabitkan acara 100 meter, 800 meter dan maraton.

Jelas Shahidan, Malaysia tidak memiliki atlet 800 meter dan maraton yang sesuai untuk dipertimbangkan.

“Oleh itu kita bagi kepada Muhammad Azeem kerana dia memang pelari 100 meter.

“(Sebenarnya) KOM juga boleh pertimbangkan untuk beri tempat kepada Shereen (Samson Vallabouy) tetapi dia perlu berlari untuk acara 100 meter namun sebenarnya dia merupakan pelari 400 meter,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Muhamamad Azeem yang juga pelari Perak merupakan pemegang rekod kebangsaan acara riben biru dengan catatan 10.09 saat (s) yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Colombia pada Ogos 2022.

Sementara itu Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mengakui KOM sukar membuat keputusan berkenaan berikutan kedua – dua pelari itu layak beraksi pada temasya sukan terbesar di dunia itu.

Pada masa sama beliau berharap keputusan itu akan diterima semua pihak dan yakin Muhammad Azeem mampu menampilkan aksi terbaik.

“Saya percaya usia mudanya (20 tahun) dia (Azeem) memiliki ruang serta peluang untuk meningkatkan prestasinya.

“Tawaran ini sudah pasti akan memberikan motivasi kepadanya untuk meningkatkan prestasi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan