Search
Close this search box.
Datuk Dr Suhaili Abdul bersama empat Ahli Parlimen Bersatu tampil dalam sidang media di Parlimen hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Parlimen: Lima wakil rakyat Bersatu dipecat yakin tiada PRK

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Lima Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipecat parti yakin tidak berlaku kekosongan kerusi Parlimen yang disandang mereka.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul berkata, ini kerana mereka tidak meninggalkan parti sebaliknya dipecat serta keahlian digugurkan.

“Ini jelas membuktikan tidak ada unsur kami meninggalkan atau melompat ke parti lain yang mana boleh meletakkan kami di bawah Perkara 49 A (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bersatu sebelum ini menghantar notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi parlimen wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dikosongkan.

Selain Labuan, kerusi itu membabitkan Kuala Kangsar, Gua Musang, Bukit Gantang, Tanjong Karang dan Jeli.

Mengulas lanjut, Suhaili berkata, mereka telah mendapat nasihat perundangan berhubung perkara itu.

“Setelah berbincang dengan peguam (kami diyakinkan) tidak akan ada kekosongan kerusi memandangkan pindahan perlembangaan parti hanya lulus pada 1 April 2024,” katanya.

Sementara itu katanya sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan adalah demi kepentingan rakyat di kawasan yang memerlukan bantuan kebajikan.

“Perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan sekiranya kami berterusan menjadi Ahli Parlimen di blok pembangkang,” katanya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan