Search
Close this search box.
PAC hari ini membentangkan Laporan berhubung Pengurusan Pekerja Asing MelaluiĀ  ePPAx dan FWCMS di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan KDN. Foto Datuk Mas Ermieyati Samsudin (FB)

Parlimen: Kelulusan dua sistem urus pekerja asing punca pertindahan fungsi, pembaziran – PAC

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Keputusan kerajaan meluluskan dua sistem yang sama berkenaan pengurusan pekerja asing menyebabkan berlaku pertindihan fungsi antara agensi dan pembaziran wang awam, dakwa Jawatankuasa Kira – Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kelulusan dibuat Mesyuarat Jemaah Menteri pada Ogos 2015 itu melibatkan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang berkonsepkan single window.

Jelas beliau, PAC turut mendapati kontrak FWCMS masih belum dimuktamadkan dan ditandatangani antara kerajaan dengan vendor walaupun Surat Setuju Terima (STT) bagi pembangunan sistem itu telah dikeluarkan pada 12 Januari 2018 sehingga tarikh prosiding terakhirnya pada 13 Mac 2024.

“Ini bermakna kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggunakan sistem FWCMS selama lebih kurang enam tahun tanpa kontrak yang dimuktamadkan dan ini jelas melanggar peraturan.

“Selanjutnya melalui surat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bertarikh 30 Disember 2020 telah menyatakan FWCMS tidak termasuk di dalam senarai projek yang telah mendapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri. Selain itu, PAC mendapati Nota Jemaah Menteri mengenai hala tuju dan pelaksanaan FWCMS tidak diangkat kepada Jemaah Menteri sebelum SST dikeluarkan,” katanya pada sidang media di Parlimen.

PAC hari ini membentangkan laporan berhubung pengurusan pekerja asing melaluiĀ  ePPAx dan FWCMS di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan KDN.

Sehubungan itu, jelas Mas Ermieyati pihaknya mengesyorkan lima perkara untuk dilaksanakan oleh kerajaan berhubung isu berkenaan termasuk KDN dan Bestinet Sdn. Bhd. hendaklah dengan segera memuktamadkan keputusan perjanjian dan hala tuju sistem FWCMS.

“KDN juga perlu memastikan sebarang perolehan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu dirujuk kepada dasar dan peraturan sedia ada yang berkuat kuasa oleh Jabatan Digital Negara (dahulu dikenali sebagai MAMPU).

“KDN hendaklah membetulkan kecelaruan yang berlaku dalam proses perolehan dan mencari jalan penyelesaian dengan segera serta perlu bekerjasama dengan KESUMA bagiu merangka pelan strategik yang menyeluruh berhubung pengurusan pekerja asing dan tidak terhad kepada pembangunan sistem semata-mata,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua kementerian juga perlu memastikan tiada lagi pertindihan fungsi sistem yang dibangunkan sehingga mengakibatkan pembaziran wang awam.

“Polis juga perlu memaklumkan perkembangan terkini terhadap siasatan 24 permohonan kuota pekerja asing yang telah diluluskan oleh unauthorised user seperti dilaporkan oleh KESUMA,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan