Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 di Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Ketua masyarakat berperanan penting banteras kegiatan vandalisme

ByKimberly Dickson

KUCHING, 3 Julai: Peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) penting dalam membanteras dan mencegah perilaku vandalisme terhadap kemudahan utiliti dan telekomunikasi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata KMKK dan pemimpin perlu bekerjasama dengan polis dalam meningkatkan rasa tanggungjawab masyarakat melalui kempen kesedaran dan melaporkan perbuatan vandalisme.

KMKK dan masyarakat umum perlu menjaga kawasan masing-masing bagi memudahkan polis mengesan pelaku yang melakukan jenayah dengan menjalankan pemantauan dengan bantuan masyarakat setempat, katanya.

“Rasa tanggungjawab orang Sarawak mesti tinggi, jika melihat sesuatu yang mencurigakan, kena lapor terus kepada polis dan KMKK.

“KMKK pun harus bekerja keras seperti saya dan pemimpin lain. Jika mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik, kita lantik semula kerana rakyat lebih penting berbanding individu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo serta Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata turut menghadiri majlis berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan