Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Kerjasama SDEC dan Sacofa dalam meningkatkan jaringan telekomunikasi di Sarawak

BySteward Dawi

KUCHING, 3 Julai: Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Sacofa Sdn Bhd (Sacofa) akan bekerjasama dalam meningkatkan jaringan internet dan telekomunikasi di seluruh Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak tidak hanya bergantung dengan peranan syarikat telekomunikasi tempatan dalam menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Kita (kerajaan Sarawak) memang ada menjalinkan kerjasama dengan pihak syarikat telekomunikasi seperti CelcomDigi dan sebagainya dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan luar bandar.

“Tetapi kita mahu memantapkan lagi jaringan ini melalui kerjasama di antara SDEC dan Sacofa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di sini, hari ini.

Jelas Abang Johari, kemudahan telekomunikasi yang baik memudahkan anak-anak di kawasan luar bandar di dalam proses pembelajaran sekali gus memantapkan lagi sektor pendidikan di kawasan berkenaan.

Tambahnya, kerajaan Sarawak pada ketika ini giat untuk menambahkan bekalan elektrik di setiap pelosok wilayah ini.

“Seperti yang diketahui salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak ialah Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) bagi menyediakan bekalan elektrik di kawasan pedalaman menggunakan solar,” jelasnya.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan