Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) pada Selasa.

Kerajaan Sarawak perlu peruntukan lebih besar kaji sumber mineral

ByKimberly Dickson

KUCHING, 3 Julai: Sarawak memerlukan peruntukan kewangan yang lebih besar daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan kajian keberadaan sumber mineral dan melengkapkan pemetaan geologi di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak akan mengkaji dan menyesuaikan dasar berkenaan dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 di Sarawak.

“Antara isu yang dibincangkan adalah kerangka Dasar Mineral Negara Ke-3 yang disediakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia sebagai penambahbaikan kepada Dasar Mineral Negara Ke-2 yang telah diperkenalkan sejak dari tahun 2009,” katanya.

Terdahulu beliau  yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua menghadiri Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN KE-3) pada Selasa.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di bangunan Parlimen.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Peguam Besar Wilayah Sarawak, Datu Saferi Ali.

Sementara itu, MMN Ke-3 bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong di bawah enakmen atau ordinan mineral negeri.

Fadillah berkata, cadangan itu merupakan langkah untuk mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan bagi menyokong perkembangan industri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan