Search
Close this search box.
Pengarah Festival Filem Mini Ke-20, Yow Chong Lee merakam gambar kenangan bersama Timbalan Dekan Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Profesor Madya Dr Donna dan Pengarah Finas Borneo, Mohammad Rizal selepas sidang media Festival Filem Mini Ke-20 di HSL Tower di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Kemajuan teknologi AI beri kelebihan dalam bidang seni

KUCHING, 3 Julai: Kemajuan dalam teknologi yang melibatkan Kecerdasan Buatan (AI) dipercayai mampu memainkan peranan dalam pelbagai bidang termasuk seni.

Pengarah Festival Filem Mini Ke-20, Yow Chong Lee berkata, perkara tersebut disebabkan penggunaan teknologi memungkinkan pengkarya seni untuk menciptakan karya yang lebih inovatif dengan menggabungkan berbagai elemen visual, audio, dan interaktif.

Menurutnya,setiap individu dalam bidang seni kreatif harus mengambil manfaat daripada teknologi AI supaya membolehkan mereka belajar tentang cara menggunakannya untuk mencipta sesuatu yang diperlukan seperti imej atau video.

“Saya fikir ia adalah alat yang baik untuk belajar banyak, kita tidak sepatutnya meletakkan mereka untuk semua mengatakan perkara negatif tentangnya.

“Sebagai seorang pendidik, saya menggalakkan pelajar saya menggunakan AI dalam tugasan yang saya mahu mereka pelajari daripada proses itu kerana mereka mempunyai rasa ingin tahu yang cukup untuk mempelajari sesuatu daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media Festival Filem Mini Ke-20 di HSL Tower di Kuching pada Rabu.

Penganjuran Festival Filem Mini Ke-20 bakal dianjurkan pada 18 hingga 21 Julai 2024 bertempat di La Promenade Mall.

Sebanyak enam jenis bengkel berkaitan bidang seni turut dibuka untuk disertai oleh individu yang berminat.

Setakat ini, lebih 30 orang pengarah filem dari luar negara menyertai festival filem mini yang berlangsung selama empat hari di Kuching.

Antara filem antarabangsa yang terkenal ditayangkan pada festival tersebut adalah seperti Minikino Fam Week (Indonesia), Festival Filem dan Video Pendek Thai (Thailand), Wathan Fan Festival (Myanmar), Reel Asian (Kanada)  dan banyak lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan