Search
Close this search box.
Seorang anggota polis Jerman hilang pekerjaan selepas mencuri 180 kilogram (kg) keju cheddar daripada sebuah lori terbalik. Foto hiasan Envato

Jerman: Anggota polis curi 180 kg keju hilang kerja

ByBernama

KOBLENZ (Jerman), 3 Julai: Seorang anggota polis Jerman hilang pekerjaan selepas mencuri 180 kilogram (kg) keju cheddar daripada sebuah lori terbalik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ini selepas sebuah mahkamah di negeri Rhineland-Palatinate menolak rayuan lelaki itu pada Selasa, mengekalkan sabitan bersalah ke atasnya.

Menurut mahkamah, anggota polis itu bertugas dengan polis lebuh raya dan sepatutnya mengawal tempat kejadian.

Dia telah memandu sebuah bas polis ke kawasan kontena lori yang rosak dan meminta pekerja syarikat penyelamat di situ untuk menyerahkan beberapa bungkusan keju kepadanya.

Dia mencuri sembilan bungkusan keju, setiap satu seberat 20 kg bernilai €554 (US$594).

“Defendan membawa beberapa bungkusan ke pejabat,” menurut kenyataan itu. Ia boleh diandaikan bahawa dia juga menyimpan beberapa bungkusan keju untuk dirinya serta untuk rakan-rakan dan saudara-maranya.

Dalam rayuannya, anggota polis itu menyatakan bahawa keju itu tidak bernilai dan dia hanya mahu menyelamatkannya daripada dimusnahkan. Dia sendiri langsung tidak makan keju cheddar.

Bagaimanapun, mahkamah mempunyai pandangan berbeza dengan menyatakan lelaki itu telah melakukan kecurian semasa bertugas dengan pakaian seragam dan senjata perkhidmatannya.

“Dengan kelakuan ini, defendan telah merosakkan reputasi pasukan polis negara,” kata mahkamah.

Mahkamah menyatakan bahawa nilai keju itu tidak penting dan menjadi tanggungjawab pegawai untuk mencegah kecurian. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan