Search
Close this search box.
Datu Hii Chang Kee (dua kiri) pada Majlis Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei 2024 di Kuching, hari ini.

Jabatan Tanah dan Survei, SMD Semiconductor bangunkan cip baharu Sarapeg

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 3 Julai: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) membangunkan cip baharu bagi tujuan penjejakan elektronik dalam Sarapeg atau penandaan sempadan tanah.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata pembangunan cip baharu dilakukan menerusi kerjasama dengan SMD Semiconductor Sdn Bhd.

“Projek ini amat penting kerana ia menggariskan integrasi kemajuan semikonduktor dengan Sistem Penjejakan Elektronik Terbenam (ETES),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hii Chang Kee pada Majlis Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei 2024 di sini, hari ini.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata sinergi ini berpotensi memacu inovasi penyelesaian dalam pelbagai aplikasi, termasuk penandaan tanah, pengiraan kawasan tanah, pengesanan cerun dan kedudukan geografi.

Kerjasama antara Jabatan Tanah dan Survei dan SMD Semiconductor akan menyenaraikan beberapa terma dan syarat.

Ia merangkumi pembangunan menaik taraf piawaian penanda sempadan tanah dengan sistem terbenam untuk Sarapeg serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi berkaitan dengan ukur tanah dan geomatik.

Turut dipersetujui adalah pembangunan rancangan perniagaan yang komprehensif untuk pengkomersilan rangkaian produk Sarapeg; program penanda aras untuk dibangunkan dan diperoleh pengetahuan dan mana-mana bidang kerjasama dan kerjasama yang lain dipersetujui bersama secara bertulis.

“Syabas Jabatan Tanah dan Survei atas usaha ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Tanah dan Survei kini dalam proses pembangunan untuk menyediakan Sistem Pengurusan Anti Rasuah atau ‘Anti Bribery Management System’ (ABMS) ISO 37001:2016 dengan skop tajuk ‘Provision of Land, Planning, Valuation, Survey and Enforcement Of The Land Laws Under The Sarawak Land Code’.

Katanya, manual ini merupakan salah satu langkah proaktif untuk memperkukuhkan tadbir urus integriti dan menangani isu rasuah.

“Dengan adanya pensijilan ABMS MS ISO 37001: 2016, ia adalah jaminan kepada masyarakat bahawa Jabatan Tanah dan Survei mempunyai prosedur dan perlindungan yang mencukupi daripada rasuah.

“Ia juga mempertingkatkan reputasi sebagai sebuah jabatan yang memiliki integriti tinggi dan pendirian tanpa kompromi serta toleransi sifar terhadap rasuah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan