Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg nerima kangau basa ari Dewan Perdagangan Antarabangsa (ICC) pada 3 Julai 2024 di pejabatnya, di Wisma Bapa Malaysia. Foto: Aziz Soleh (TVS)

ICC mahu jalin kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 3 Julai: Dewan Perdagangan Antarabangsa (ICC) berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak sebagai pengantara dalam menyelesaikan pertikaian perdagangan yang mungkin berlaku dengan syarikat-syarikat antarabangsa di masa akan datang.

Presiden Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa kepada ICC, Claudia Salomon berkata, ICC adalah mustahak kepada Sarawak memandangkan wilayah ini kini menjadi destinasi tumpuan bagi pelaburan-pelaburan asing.

“Kami tahu banyak pelaburan asing yang dijalankan di sini, maka kami berharap Sarawak mahu menjadikan ICC Arbitration sebagai pengantara yang dipercayai untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.

“Kami juga berharap dapat membina hubungan yang kukuh bersama kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Salomon berkata, kepentingan Kerajaan Sarawak adalah selari dengan misi teras mahkamah ICC yang tertumpu kepada tadbir urus, pembangunan dan kemakmuran ekonomi.

Sementara itu, ICC juga berhasrat menyediakan dan membangunkan program pendidikan kepada peguam-peguam di Sarawak, selain dalam pembinaan kapasiti.

“Kami mahu membangunkan program pendidikan lanjutan supaya lebih ramai peguam yang menyediakan kontrak rentas sempadan mengetahui peranan nilai timbang tara ICC,” katanya.

ICC berperanan dalam mempromosikan dagangan terbuka, peraturan kendiri perniagaan, memerangi rasuah dan jenayah komersial di peringkat antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan