Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Hukuman lebih setimpal bendung perilaku vandalisme kemudahan utiliti dan telekomunikasi

BySteward Dawi

KUCHING, 3 Julai: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu undang-undang yang lebih efektif bagi membendung perilaku vandalisme yang menyebabkan kerosakan kemudahan utiliti dan telekomunikasi.

Sehubungan itu, beliau sedia berbincang dengan Kerajaan Persekutuan berkenaan Akta Peniaga Sekenhend 1946 bagi membolehkan akta itu lebih berkesan dalam membendung perlakuan demikian di Sarawak.

Menurutnya, perkara itu akan dirujuk kepada Peguam Besar Negeri Sarawak bagi meneliti dengan lebih mendalam kerana akta itu di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Kita (Kerajaan Sarawak) akan merujuk perkara ini kepada Peguam Besar Negeri Sarawak bagi melihat undang-undang lain yang boleh digunapakai,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, penalti atau hukuman yang dikenakan sebanyak RM5,000 terhadap mereka yang melakukan kesalahan di bawah akta itu agak ringan dan tidak setimpal.

Ditanya mengenai sama ada Sarawak bakal menggubal undang-undang sendiri berkenaan perkara itu, Abang Johari memberitahu, perkara itu akan dipertimbangkan setelah mendapat nasihat dan pandangan dari Peguam Besar Negeri Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan