Search
Close this search box.
Dr Richard Rapu cadangkan tubuh jawatankuasa khas bantu garis panduan dikeluarkan Ketua Audit Negara. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Rakyat: Wujudkan jawatankuasa penasihat berkaitan pindaan RUU Audit 2024

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pakar industri dan ahli akademik untuk membantu garis panduan yang akan dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara.

Jelas beliau, jawatankuasa berkenaan penting untuk menjelaskan mekanisme pengawasan terhadap garis panduan itu.

Kata beliau ini bagi memastikan wujud proses semakan sekiranya wujud konflik dengan undang-undang.

“Berkenaan audit susulan di bawah Seksyen 9A yang baharu, ini adalah langkah yang sangat diperlukan untuk memastikan keberkesanan proses audit.

“Namun, penting untuk dipertimbangkan tempoh masa yang sesuai antara audit asal dan audit susulan, kekerapan audit susulan (serta) mekanisme untuk menilai keberkesanan tindakan pembetulan yang diambil dan proses untuk menangani kes-kes yang tiada tindakan pembetulan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang Undang Audit (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu Richard berkata, beliau menyokong usaha untuk meminda akta itu berikutan ia hanya pernah dipinda sebanyak dua kali.

Kata beliau, perubahan dalam landskap perakaunan dan pengauditan moden memerlukan undang – undang berkaitan sentiasa disemak agar kekal relevan.

“Walaupun saya menyokong usaha ini, namun, terdapat beberapa perkara yang perlu dewan ini pertimbangkan dengan teliti.

“Pertama, pindaan kepada Seksyen 5 Akta 62 yang memperluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk mengaudit syarikat yang menerima jaminan kewangan kerajaan adalah langkah yang baik,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan