Search
Close this search box.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang untuk mengaktifkan semula Majlis Kapal Persiaran Malaysia untuk memacu pertumbuhan industri perkapalan negara. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: MOTAC mahu aktifkan semula Majlis Kapal Persiaran Malaysia

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang untuk mengaktifkan semula Majlis Kapal Persiaran Malaysia untuk memacu pertumbuhan industri berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, majlis tersebut berperanan untuk menghubungkan pembuat dasar dengan pemain industri untuk menandakan hala tuju selain mengatasi halangan yang mampu melumpuhkan pembangunan industri kapal persiaran.

“Ini termasuk menambah baik infrastruktur, tadbir urus perkastaman serta (urusan berkaitan) Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS),” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (Pakatan Harapan – Sandakan) yang ingin tahu langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi membangunkan kawasannya sebagai salah satu destinasi pelayaran ia merupakan destinasi popular bagi pelancong dari Eropah.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, lawatan kerja bersama telah diadakan oleh Tourism Malaysia dan MOT bagi melihat perancangan untuk menghidupkan semula majlis itu pada 3 Mei lepas.

“Berdasarkan penilaian, Pelabuhan Sandakan merupakan transit port yang boleh dipopularkan terutama bagi pelancong dari Eropah di mana destinasi eko pelancongan dan hidupan liar merupakan tarikan utama di Sandakan,” katanya.

Berkenaan rungutan pengusaha bot pelancongan yang hanya dibenarkan membeli petrol bersubsidi sebanyak 100 liter sehari berbanding keperluan 400 liter, King Sing berkata, perkara itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta MOT.

“Bagaimanapun saya akan bawa perkara ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri,” jelasnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan