Search
Close this search box.
Cadangan penubuhan ombudsman ini juga telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Agenda Reformasi dan Undang-Undang kata M.Kulasegaran. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kerajaan akan tubuh Ombudsman Malaysia urus aduan perkhidmatan awam

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Kerajaan komited untuk menubuhkan badan Ombudsman Malaysia yang bebas untuk menguruskan aduan berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, kerajaan modul yang akan ditubuhkan itu unik kerana menggabungkan Biro Pengaduan Awam dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

“Cadangan penubuhan ini juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Agenda Reformasi dan Undang-Undang pada 29 April 2024,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kulasegaran menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Perikatan Nasional – Sik) yang meminta Perdana Menteri menyatakan pelan terkini untuk menggubal Akta Ombudsman Malaysia yang telus, berakauntabiliti dan cekap dalam sistem kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Jelasnya mesyuarat memutuskan untuk melaksanakan satu sesi libat urus untuk tempoh tiga bulan bagi menentukan mekanisman penubuhan pelaksanaan Ombudsman Malaysia.

“Selain itu keputusan itu turut dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jun lepas dan kini proses pelantikan ahli jawatankuasa membabitkan setiap agensi sedang berjalan,” katanya.

Menurut beliau, sesi libat urus itu penting untuk memastikan pandangan dan keperluan semua pihak berkepentingan untuk kepentingan rakyat dan negara.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan