Search
Close this search box.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo.Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kementerian Digital kaji kesesuaian peruntukan perlindungan data peribadi

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Kementerian Digital akan mengkaji kesesuaian peruntukan berhubung perlindungan data peribadi dalam draf Rang Undang-Undang (RUU) Perkongsian Data.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, Akta Perkongsian Data (Akta Omnibus) yang akan digubal masih di peringkat penetapan dasar berkaitan prinsip-prinsip utama bagi cadangan penggubalan draf RUU.

Katanya, RUU Perkongsian Data yang dicadangkan adalah bagi mengawal selia perkongsian data antara agensi dalam sektor awam.

“Walaupun agensi kerajaan dikecualikan daripada pemakaian Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) melalui rujukan kepada seksyen 3 akta yang sama, pada masa ini, pegawai-pegawai awam adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan juga Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) sekiranya pegawai awam disabitkan dengan isu ketirisan semasa mengendalikan data peribadi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Gobind menjawab soalan William Leong Jee Keen (Pakatan Harapan-Selayang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memasukkan peruntukan mengenai perlindungan data peribadi daripada penyalahgunaan oleh pihak erajaan di dalam Akta Omnibus yang akan diperkenalkan kelak.

Tambah Gobind, kementerian mengambil maklum akan keperluan perlindungan data peribadi daripada penyalahgunaan oleh mana-mana pihak semasa perkongsian data dijalankan membabitkan pelbagai agensi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan