Search
Close this search box.
Kajian membabitkan penyediaan undang-undang berkaitan hak tebus rugi kepada pembeli kenderaan bermotor dan barangan pengguna lain.Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Kajian Lemon Law dijangka selesai September

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Kajian mengenai perundangan Lemon Law dijangka selesai pada September ini, kata Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, kajian oleh pakar itu membabitkan penyediaan undang-undang berkaitan hak tebus rugi bagi pembeli terutamanya untuk kenderaan bermotor dan barangan lain.

Fokus katanya bagi mencari penyelesaian terhadap produk yang kerap rosak dan tidak memenuhi kualiti ditetapkan.

“Kajian kebolehlaksanaan dijalankan berikutan pelbagai aduan dan hasil kajian akan dijadikan pertimbangan sama ada (kerajaan) perlu membuat penambahbaikan terhadap kerangka perundangan sedia ada atau menggubal perundangan baharu,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Armizan menjawab pertanyaan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Barisan Nasional – Jempol) mengenai usaha kerajaan menggubal akta baharu atau meminda akta sedia ada berkaitan Lemon Law bagi melindungi pengguna dalam hal pembelian kenderaan.

Sementara itu, Armizan berkata sesi libat urus telah dilaksana bersama pihak berkepentingan baru-baru ini yang mencerminkan komitmen kerajaan untuk menambah baik perundangan itu.

Kata beliau langkah berkenaan juga akan membantu mengembangkan sektor automotif negara.

“Ini termasuklah penganjuran Simposium Kepenggunaan Malaysia 2024 pada 4 Jun 2024 bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pemegang taruh berkenaan cadangan pengukuhan perundangan Lemon Law di Malaysia,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan