Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan memiliki ekuiti sebanyak 34.88 peratus dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Empat syarikat telco miliki 65.12 peratus pegangan ekuiti DNB

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan memiliki ekuiti sebanyak 34.88 peratus dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ini susulan kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications telah menyempurnakan Perjanjian Langganan Saham pada 28 Jun 2024 .

Kata beliau, pecahan selepas perjanjian itu menyaksikan keempat – empat syarikat itu masing – masing memiliki pegangan sebanyak 16.28 peratus.

” (Berdasarkan persetujuan itu) struktur pegangan saham dalam DNB bagi setiap pelabur akan diselaraskan setelah Telekom Malaysia menyempurnakan perjanjian langganan sahamnya bersama Menteri Kewangan Diperbadankan dan DNB pada atau sebelum 21 Ogos 2024.

“Penyempurnaan perjanjian telah melayakkan pihak syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat untuk menyertai model dwirangkaian 5G di Malaysia,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Nie Ching menjawab soalan Chong Zhemin (Pakatan Harapan – Kampar) yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan apakah status pelaksanaan 5G dwi rangkaian dan berapa pegangan ekuiti DNB yang akan dilepaskan kepada syarikat Telco.

Sementara beliau turut memaklumkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia.

“(Ini) termasuklah mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon pada 1 Julai 2024,” katanya.

Tambah beliau, proses ini akan dilaksanakan secara telus berdasarkan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kementerian Komunikasi komited bagi melaksanakan keputusan kerajaan agar negara beralih kepada model dwirangkaian 5G dalam usaha untuk menamatkan unsur monopoli perkhidmatan 5G, sekali gus memacu hala tuju industri telekomunikasi yang lebih berdaya saing dan mapan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan