Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan kadar capaian 5G di kawasan berpenduduk di Sarawak kini mencapai 60 peratus. Foto, TVS.

Dewan Rakyat: Capaian 5G kawasan berpenduduk di Sarawak cecah 60 peratus

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Kadar capaian internet berkelajuan tinggi (5G) di kawasan berpenduduk di Sarawak kini mencapai 60 peratus, kata Teo Nie Ching.

Beliau yang Timbalan Menteri Komunikasi berkata, melalui Digital Nasional Berhad (DNB) sebanyak 584 tapak sasaran untuk pemasangan pencawang di Sarawak telah dikenal pasti.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 540 berjaya disiapkan.

“Buat masa ini pembinaan rangkaian 5G tertumpu kepada kawasan-kawasan bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi tinggi.

“Perluasan ke kawasan lain termasuk luar bandar telah dimulakan dan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya pada Waktu- Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Hassan Saad (Perikatan Nasional – Baling) yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan perancangan untuk membina lebih banyak pencawang bagi tujuan meningkatkan kadar capaian 5G di kawasan pedalaman dengan lebih menyeluruh.

Sementara itu Nie Ching berkata, kerajaan berjaya menyiapkan 81.7 peratus atau sebanyak 7,114 tapak sasaran 5G di seluruh negara setakat 31 Mei 2024.

Jelas beliau,  Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, Selangor dan Perlis ketika ini mempunyai kadar capaian 5G di kawasan berpenduduk tertinggi iaitu melebihi 90 peratus.

“Di Sabah kita merancang untuk membina pencawang di 596 tapak dan setakat ini sebanyak 555 telah siap dengan kadar liputan mencecah 68.6 peratus.

“Di Kelantan pula, sebanyak 225 berjaya disiapkan dengan liputan 66.4 peratus,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan