Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap di Majlis Makan Malam Gawai Kaamatan Bersama DCCI-KCCI ke-15 yang berlangsung di Hotel Imperial. Foto TVS

DCCI dan KCCI main peranan penting pacu pembangunan, ekonomi Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 3 Julai: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun (KCCI) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, DCCI sangat berperanan dalam memacu vitaliti ekonomi dan keterangkuman di kalangan komuniti pelbagai kaum di Sarawak.

“Melalui advokasi, sokongan kepada keusahawanan, dan inisiatif yang menggalakkan pertumbuhan sektor, DCCI menyumbang besar kepada penciptaan pekerjaan, inovasi perniagaan, dan kepelbagaian ekonomi,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Gawai Kaamatan Bersama DCCI-KCCI ke-15 yang berlangsung di Hotel Imperial pada hari Selasa.

Abang Johari juga memuji usaha DCCI dalam mempromosikan amalan mampan, mempertingkatkan keupayaan digital dalam kalangan perniagaan, dan memperjuangkan penambahbaikan infrastruktur yang selari dengan visi pembangunan mampan Sarawak.

“Dengan memperjuangkan inisiatif-inisiatif ini, DCCI bukan sahaja memacu kemajuan ekonomi tetapi juga mengukuhkan  sosial negeri kita, memastikan manfaat pembangunan dinikmati secara saksama oleh semua rakyat Sarawak,” ujarnya.

Acara tahunan ini meraikan tradisi dan warisan kaya perayaan Gawai dan Kaamatan, memupuk perpaduan dan kerjasama antara komuniti Dayak dan Kadazan Dusun.

Ia juga menonjolkan hubungan budaya yang kuat dan kerjasama perniagaan antara kedua-dua dewan.

Acara dua hari ini, yang bermula pada 1 Julai, turut menampilkan pertandingan golf Gawai-Kaamatan dengan penyertaan daripada kedua-dua dewan perniagaan tersebut.

Majlis itu turut  dihadiri  Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang; Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom; Presiden DCCI, Dato Allan Keripin; dan Presiden KCCI, Datuk Ladislaus Maluda. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan