Search
Close this search box.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja Kementerian Kewangan hari ini. Foto Bernama

Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi – PM

ByBernama

PUTRAJAYA, 2 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Kerajaan MADANI tidak akan sesekali berundur meskipun berhadapan kritikan terhadap tindakan tidak popular, antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas.

Beliau berkata langkah itu penting bagi mengukuhkan asas ekonomi negara memandangkan hasil negara ‘disakau’ dan subsidi pula tidak disalurkan kepada golongan sasar.

Perdana Menteri berkata penyasaran subsidi diesel perlu memandangkan aktiviti penyeludupan bahan api itu berleluasa sejak puluhan tahun dan hasil subsidi dibeli untuk kegunaan negara lain.

“(Kita) tak boleh mengenepikan keresahan rakyat kalau terbeban masalah rakyat. Maka hasil yang diperoleh itu harus dipulangkan kepada rakyat.

“Sebab itu kita harus istiqamah untuk memberi penjelasan walaupun kadang-kadang menghadapi sedikit kesukaran,” katanya pada perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Anwar berkata kerajaan dilontarkan dengan pelbagai dakwaan antaranya menjual negara, ejen Israel dan Yahudi.

“Saya sering kali jawab sikit.. tapi saya tak peduli kerana saya fikir kita punyai tugas. Tidak mudah dalam negara ini kerana politik kebencian terlalu menebal,” katanya.

Perdana Menteri turut menyuarakan kekecewaan kerana fakta tidak dipedulikan sama sekali dalam kritikan.

“Tak ambil gaji, dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali.

“Jadi yang diutarakan ialah kebencian. Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak,” kata Perdana Menteri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan