Search
Close this search box.
Serangan gastrik tidak boleh dipandang remeh kerana boleh menyumbang kepada kanser usus jika dibiar berlarutan tanpa rawatan sewajarnya. Foto hiasan Envato

Serangan gastrik tidak boleh dipandang remeh, penyumbang kanser usus

ByBernama

KANGAR, 2 Julai: Serangan gastrik tidak boleh dipandang remeh kerana boleh menyumbang kepada kanser usus jika dibiar berlarutan tanpa rawatan sewajarnya.

Pakar Perunding Perubatan Hospital KPJ Perlis Dr Nurazam Omar berkata mana-mana individu termasuk mereka berusia 60 tahun dan ke atas yang mengalami masalah gastrik dalam tempoh lama dinasihat mendapatkan rawatan segera kerana dikhuatiri menghidap penyakit kanser usus.

“Serangan gastrik tidak membawa maut namun ada kes pesakit gastrik dijangkiti kanser usus terutama golongan berumur 60 tahun dan ke atas yang mempunyai gejala seperti gastrik berpanjangan, (kemudian) susut berat badan termasuk najis warna hitam atau najis berdarah,” katanya kepada Bernama.

Dr Nurazam berkata gastrik boleh terjadi kepada semua peringkat umur yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat termasuk minum alkohol, merokok dan banyak makan makanan segera selain waktu makan tidak teratur.

“Pesakit gastrik paling muda yang saya pernah rawat berumur 11 tahun dan sering berlaku dalam kalangan remaja yang berusia 12 hingga 18 tahun. Kajian mendapati faktor stress juga punca berlakunya gastrik dalam kalangan masyarakat.

“Untuk mengelakkan terkena gastrik dan menjadi lebih teruk, orang ramai boleh mengamalkan pola pemakanan seimbang dan teratur serta kurangkan makanan berminyak,” katanya.

Sementara itu, Dr Nurazam berkata simptom serangan gastrik juga penting untuk diberikan perhatian kerana berkemungkinan berkaitan dengan sakit jantung.

“Selalu yang banyak jadi kes, orang ramai ingat sakit di ulu hati dan dada hanya simptom gastrik dan mereka hanya makan ubat gastrik, namun pada akhirnya ia rupanya sakit jantung,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan