Search
Close this search box.
Keadaan kediaman mangsa yang hangus di Kampung Bruit hari ini. Foto PGOB Sarawak

Seorang lelaki warga emas melecur dalam kebakaran di Kampung Bruit

DARO, 2 Julai: Seorang lelaki warga emas melecur dalam kebakaran sebuah rumah papan di Kampung Bruit hari ini.

Insiden dipercayai berlaku sekitar jam 4.00 petang ketika semua kesembilan penghuni sedang berehat di dalam rumah.

Jurucakap Pusat Khidmat P206 Tanjong Manis ketika dihubungi memberitahu, mangsa mengalami lecur di bahagian badan dipercayai terkena bahang api ketika cuba keluar dari rumah itu untuk menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun kita difahamkan, kesemua mereka termasuk seorang lagi Orang Kelainan Upaya (OKU) terselamat.

“Kejadian mengakibatkan rumah mangsa musnah sepenuhnya, ” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, kakitangan Pusat Khidmat Parlimen itu kini bergerak ke Kampung Bruit untuk menghulurkan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (PGOB) berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit.

“Lokasi kejadian di seberang sungai dan hanya menggunakan feri untuk sampai ke tempat itu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan