Search
Close this search box.
Sarawak mengekalkan kedudukan sebagai negeri penyumbang keempat tertinggi KDNK negara. Foto hiasan Faitullah Morni (TVS)

Sarawak kekal penyumbang keempat tertinggi KDNK 2023

ByAmirah Shawel

KUCHING, 2 Julai: Sarawak mengekalkan kedudukannya sebagai negeri penyumbang keempat tertinggi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2023 dengan pertumbuhan sebanyak 1.2 peratus.

Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sektor perkhidmatan negeri ini meningkat kukuh sebanyak 5.4 peratus, mengatasi pertumbuhan sektor perkhidmatan nasional.

“Sementara itu, sektor Pembuatan yang merupakan penyumbang kedua tertinggi ekonomi Sarawak merosot 3.9 peratus disebabkan penyusutan Produk petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak 4.6 peratus terutama melibatkan produk petroleum bertapis,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, ini selari dengan kemerosotan pengeluaran minyak mentah & kondensat serta gas asli masing-masing 2.3 peratus dan 1.1 peratus menyebabkan kejatuhan keseluruhan sektor perlombongan & pengkuarian Sarawak kepada 1.0 peratus, sekali gus memperlahankan KDNK Sarawak pada 2023.

Dalam pada itu, mengenai KDNK per kapita, Sarawak berada pada tangga keempat melebihi paras nasional sebanyak RM72,411.

Negeri-negeri lain ialah W.P. Kuala Lumpur (RM131,038), W.P. Labuan (RM83,596), Pulau Pinang (RM72,586 dan Selangor (RM62,492).

Pada tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang sederhana dengan semua negeri mencatatkan pertumbuhan positif yang menggalakkan.

“Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.6 peratus pada tahun 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM1.6 trilion.

“Bagi prestasi ekonomi mengikut negeri, empat negeri mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional iaitu Selangor yang berkembang 5.4 peratus, Pahang 5.2 peratus, Johor 4.1 peratus dan W.P. Kuala Lumpur 3.7 peratus,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan