Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta Siti Hajar. Foto David Andreas (TVS)

Promosi berterusan capai 4.2 juta warga Indonesia melawat Malaysia 2024

ByTVS

JAKARTA, 2 Julai: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) menyasarkan 4.2 juta orang dari Indonesia untuk datang melawat Malaysia pada 2024.

Perkara itu disampaikan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Siti Hajar semasa pelancaran program Business Event Sarawak (BESarawak) yang mempromosikan Sarawak sebagai destinasi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) untuk pasaran Indonesia di Jakarta semalam.

Beliau berkata inisiatif promosi setiap agensi di Malaysia cukup membantu dengan ketara menyumbang kepada ketibaan pelancong.

“Pelbagai jenis program promosi yang sering dijalankan di Indonesia sudah tentu akan memperkenalkan Malaysia lebih-lebih lagi sehingga rakyat Indonesia akan datang melawat Malaysia melalui pelbagai saluran,” katanya.

Tambahnya, program promosi menarik yang sering dijalankan oleh agensi penjagaan kesihatan, pendidikan dan pihak pelancongan negeri akan mendorong rakyat Indonesia untuk datang.

Pada 2023, Malaysia menyasarkan 2.68 juta orang pelawat dari Indonesia, namun berdasarkan rekod terdapat lebih 3.1 juta orang yang datang ke negara ini.

Daripada itu, Tourism Malaysia di Jakarta juga akan menggalakkan lebih banyak program promosi di Indonesia dan juga berusaha untuk meningkatkan lagi bilangan penerbangan ke Malaysia, termasuk ketersambungan darat dan laut bagi mencapai sasaran tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan