Search
Close this search box.
Projek pembinaan Jambatan Marudi menyeberangi Sungai Batang Baram dijangka akan dapat disiapkan pada penghujung tahun ini. Foto TVS

Projek pembinaan Jambatan Marudi dijangka siap hujung tahun ini

MIRI, 2 Julai: Projek pembinaan Jambatan Marudi menyeberangi Sungai Batang Baram dijangka akan dapat disiapkan pada penghujung tahun ini, mendahului enam bulan lebih awal daripada jadual asal iaitu pada Jun tahun hadapan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menyasarkan untuk memastikan jambatan tersebut dapat digunakan penduduk Marudi sebelum perayaan Krismas tahun ini.

“Dalam kontrak dijadualkan siap pada bulan Jun tahun depan, namun jangkaan kita ia dapat disiapkan pada penghujung tahun ini, iaitu setengah tahun lebih awal daripada jadual asal.

“Kita harap dapat menyiapkan atau sekurang-kurangnya laluan dibuka sebelum Krismas kerana Krismas pun sudah mula hujung tahun juga dan itu sasaran kita,” katanya.

Timbalan Menteri MIPD Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo semasa sesi bergambar. Foto TVS

Beliau berkata demikian ketika ditemui media ketika taklimat di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri pada Selasa.

Setakat ini projek pembinaan Jambatan Marudi sudah mendahului 10 peratus daripada jadual asal dengan kontraktor merancang untuk menyiapkan sambungan terakhir di bahagian tengah pada bulan Ogos depan.

Dalam pada itu, Projek Menaik Taraf Bekas Jalan Balak di Bahagian Ulu Baram dijangka akan dapat disiapkan pada bulan April 2027 dan kontrak baharu telah pun bermula pada tahun ini.

“Kontrak sudah bermula dan apabila siap nanti, sudah tentu dapat memudahkan hubungan komunikasi penduduk di kawasan ini.

“Jumlah kontraknya RM63.9 juta dengan ia dijangka siap pada bulan April 2027. Kontrak baharu mula tahun ini akan siap tahun 2027 di mana ini menghubungkan beberapa penempatan di Ba Mubui dan Long Tungan,” katanya.

Projek tersebut akan menaik taraf jalan balak sepanjang sekitar 15 kilometer di kawasan Ba’ Mubui dan Long Tungan dengan jambatan menyeberangi Sungai Batang Baram.

Tahun lalu, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan 12 jalan balak terbiar akan dinaik taraf dengan jalan antara Ba Mubui dan Long Tungan Miri menjadi sebahagian daripada projek tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan