Search
Close this search box.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr pada 1 Julai 2024. Foto: X Mohamad Hasan

Presiden Filipina undang syarikat Malaysia sertai aktiviti ekonomi di Selatan Filipina

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 2 Julai: Presiden Republik Filipina, Ferdinand R Marcos Jr mengalukan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam aktiviti ekonomi di Selatan Filipina.

Wisma Putra berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Marcos Jr kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengadakan kunjungan hormat ke atasnya pada lawatan rasmi beliau ke republik itu, pada Isnin.

“Antara lain, kedua-dua pihak menilai perkembangan positif di Selatan Filipina. Mengambil kira potensi luas wilayah tersebut, Presiden menjemput syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti ekonomi bagi meningkatkan Pembangunan sosioekonomi di Selatan Filipina,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, kerjasama dua hala antara kedua-dua negara juga akan diperkukuh terutamanya dalam sektor pelaburan, perdagangan, industri halal, kewangan Islam dan keterjaminan makanan.

Perkara itu dibangkitkan ketika pertemuan dengan rakan sejawat, Menteri Luar Negeri Filipina, Enrique A Manalo.

Kedua-dua menteri turut menekankan kepentingan perpaduan ASEAN dalam menangani isu serantau, selain keperluan mendesak gencatan senjata segera di Palestin.

“Filipina juga memberikan jaminan untuk terus memberi kerjasama penuh kepada Malaysia sewaktu Kepengerusian ASEAN pada 2025,” katanya.

Kenyataan memaklumkan, Mohamad mengulangi komitmen Malaysia untuk menyokong pembangunan sosioekonomi Bangsamoro menerusi program pembinaan keupayaan, termasuk Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan