Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penghargaan Kerjasama Vendor Sarawak dalam Industri Minyak dan Gas 2024 di Kuching pada Isnin. Foto TVS

PETRONAS dan PETROS perkukuh industri minyak dan gas Sarawak

KUCHING, 2 Julai: Kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) adalah berdasarkan perkongsian sama rata dalam industri minyak dan gas.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kedua-dua syarikat minyak dan gas itu akan terus bekerjasama dalam mengurus dan meneroka cara baharu mengurangkan kesan perubahan iklim.

“Maknanya PETROS dan PETRONAS adalah rakan kongsi, tidak ada (istilah) ‘abang besar’ atau ‘abang kecil’. Kedua-duanya adalah adik beradik untuk menguruskan industri minyak dan gas di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penghargaan Kerjasama Vendor Sarawak dalam Industri Minyak dan Gas (OGSE) 2024 di sini pada Isnin.

Abang Johari berkata PETRONAS memainkan peranan dalam industri minyak dan gas ketika Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA74) dikuat kuasakan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Sarawak telah menjadi pemain dalam industri itu sejak 1910 dan dapat bekerjasama dengan pihak PETRONAS bagi membangunkan serta memakmurkan industri berkenaan.

“Sarawak telah lama menjadi pemain industri sejak tahun 1910. 1974 (PETRONAS) dan 1910 adalah satu tempoh yang panjang. Itulah sebabnya orang Sarawak sangat mengenali industri minyak dan gas. Jadi, kita dapat orang Sarawak bekerja dengan PETRONAS.

“Pada masa sama, syarikat Sarawak turut membantu PETRONAS melalui rakan PAC mereka. Dalam erti kata lain, Sarawak telah berada di dalam industri sejak 1910. Bukan sahaja dari 1974 dan oleh itu, dengan latar belakang dan pengalaman itu, kita menubuhkan PETROS untuk menjadi rakan kongsi kepada PETRONAS,” tambahnya lagi.

Selain itu, Abang Johari berkata Sarawak turut bekerjasama dengan PETRONAS dalam penyelidikan bagi menghasilkan tenaga alternatif.

Beliau berkata Sarawak akan menjadi pemain utama dalam menghasilkan hidrogen dengan mengasingkan molekul hidrogen dan oksigen melalui teknik elektrolisis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan