Search
Close this search box.
Seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman di aplikasi Telegram berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Foto Envato

Pelawak, isteri sebar maklumat dalaman polis direman dua hari

ByBernama

SHAH ALAM, 2 Julai: Seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman di aplikasi Telegram berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 38 dan 37 tahun itu, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, kira-kira 7 malam semalam.

“Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan telefon bimbit pasangan terbabit turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di aplikasi itu mengenai penulisan dan gambar berkaitan hal ehwal dalaman IPD berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan