Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya dan Wan Mohamad Wan Drahman bersama para peserta pada Majlis Penutupan Seminar Kelestarian Integriti 2024 di Kuching, hari ini. Foto UKAS

Pegawai Integriti Bertauliah berperanan cegah salah laku

KUCHING, 2 Julai: Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di setiap jabatan kerajaan juga berperanan menjalankan langkah pencegahan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya.

Menurutnya, CeIO tidak seharusnya tertumpu sepenuhnya pada mencari kesalahan orang lain di tempat kerja.

“Tugas CeIO adalah untuk menjalankan kerja pencegahan. Kita menghalang isu sebelum ia berlaku, dan inilah yang mesti difahami oleh CeIO dan semua orang di pejabat masing-masing.

“Cegah kesilapan itu sebelum berlaku atau merebak dalam jabatan. Ini amat penting,” katanya pada Majlis Penutupan Seminar Kelestarian Integriti 2024 di sini, hari ini.

Juanda berkata lagi, setiap agensi kerajaan perlu mengemukakan laporan dengan kadar segera sekiranya terdapat tindakan salah laku berlaku dalam jabatan.

Jelasnya, salah laku perlu dirawat seperti barah agar dapat ditangani secara menyeluruh.

“Kalau ada isu disiplin di jabatan masing-masing, pastikan tindakan diambil,” katanya.

CeIO merupakan antara program utama anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang bertujuan mempersiapkan pegawai bagi merancang, melaksana dan memantau aktiviti berhubung aspek integriti serta membantu urusetia Jawatankuasa Tata Kelola sektor awam.

Dalam pada itu, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman, Jabatan Premier Sarawak Wan Mohamad Wan Drahman berkata Sarawak mempunyai 208 orang CeIO.

Menurutnya, penempatan CeIO di semua agensi kerajaan Sarawak adalah selaras dengan hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang bertujuan untuk memastikan integriti berkembang secara berterusan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan